5 February 2013

Bleep Test Lalu Exhausted

Assalamualaikum


Hai. Tadi ada Bleep Test di sekolah. Aku sebagai budak Sains Sukan yang tak berapa nak bersukan sangat lah terkena penangan. I mean penangan kepenatan atau bahasa omputeh nya, exhausted. dan sila bandingkan antara tired dan exhausted yang mana lagi kritikal. Of coz ah exhausted an. apekebangang

Apa itu Bleep Test ? What is Bleep test ?

Amboi sengaja lah tu taip keyword fofular. Alahai. 

Memandangkan aku ini budak Pasca-PLKN, maka aku memang tahu dan pernah lah buat bleep test ini.

Bleep Test 
Bleep test atau ujian bleep adalah ujian lari ulang alik sejauh 20 meter di mana ia bertujuan untuk menguji kecergasan dan stamina kita berdasarkan pencapaian kita dalam ujian tersebut. Well it is also known as Shuttle run test or Yo-yo test. 

Anda harus berlari dengan jumlah larian yang meningkat di setiap level. Contohnya, level satu ada tujuh larian maka level dua ada lapan larian dan begitu lah seterusnya. 

Penat? Yeahh sangat penat. Kalau buat ujian ini setahu aku kena buat yang termampu. I mean if you can't continue then just stop it. Dah nama pun ujian kecergasan, jadi apa yang kau mampu buat dalam ujian ini itulah yang menjadi kayu ukur kecergasan kau cergas ke tidak apa-apa lah. Tapi ada juga yang membuat bleep test ini sebagai latihan. Jurulatih akan set level yang mesti anak-anak buah dia capai untuk tujuan keergasan juga iaitu mencergaskan. Dari masa ke semasa. Amboi pandai je aku kan bahahahahah. Well ini dari sudut pengetahuan dan pandangan aku. Setakat ini aku baru pernah buat test nie tiga kali. Dua yang kat kem dan satu lagi yang baru tadi kat sekolah. Bagus jugak bleep test nie, terus kebanyakan dari kami tersedar bahawa diri ini tidak lah secerdas mana *tunduk*. Nanti lepas nie nak banyak senaman balik supaya stamina kuat. Percaya tak masa aku tinggal asrama kat Toh Puan dulu aku rajin jogging lepas subuh dengan kengkawan. Sekarang haprak tak da grrr -_- 

K habis pasal bleep test, kita nak cakap pasal exhausted tapi berkesinambungan ye dari yang di atas hehe.

Dan aku sangat penat sehingga tertidur tak sedar diri dari petang sampai malam. Maghrib terpaksa qodo alahaii. Aku rasa tak lama lagi nak jadi gila sebab selalu tertidur lepas asar huh nauzubillah. Hectic sungguh hidup aku sekarang sampai bila-bila masa terluang pon boleh tertidur. Dan di mana-mana. Nasib baik tadi di katil yang empuk bukan di atas meja belajar yang keras lol. 


Ohya tadi kat sekolah aku telah femes 5 minit taw. Guess what aku dengan kawan-kawan aku kena suruh naik pentas masa perhimpunan. Ini kes bagi malu lah tapi nasib baik ramai-ramai. Sebab kita orang guna tudung bawal biasa bukan tudung sekolah, padan dengan baju PJ. Ok sumpah malu tapi tak menyesal pun. Tapi tak malu sangat lah sebab it's better daripada kena suruh buka tudung bagai. Biasalah sekolah kan. Ada-ada ja denda dia. Btw kawan-kawan aku yang lain siap kena cubit. Aku kira nasib baik lah tak kena. Siyes sakit kot. Sampai biru-biru aku tengok. Sabar kawan-kawan.


Tudung pra-u warna biru. Consider lah sikit warna nya sangat kontraaaaaaaa jangan lah buat kami macam orang bodoh dan lowong hahahah. Budak form lain memanglah ok sebab tudung sekolah diorang warna putih so matching laaaaah. Lagipun guru Sains Sukan yang arahkan pakai tudung biasa. Tak kan nak guna tudung sekolah yang berwarna biru serta licin itu untuk berlari-lari bercengkerama ketika amali Sains Sukan tersebut kan? Oh tidakk. Mungkin macam alasan semata ja tapi siyes, gym Sains Sukan dah macam gym kot. Tudung sekolah is not suitable. Lagipun kita orang pakai yang tak lah berfesyen sangat. Tudung bawal atau syria sahaja. Tidak ada pashmina, crumple shawl and so forth. Cikgu cakap dia tak tahu tudung fesyen apa yang kami pakai. Berbatu-batu berbunga-bunga segala. Memanglah lumrah tudung bawal. Kita orang dah adjust dah pun yang sesuai untuk kat sekolah. Jadi nak pakai macam mana lagiiii -_-





Nanti ujian yang seterusnya hari khamis ini yeahhk tak sabar. Tapi tak ada training jangan harap nak sampai level 4 bahahah. Okey pasal tudung? Aku tetap akan pakai tudung biasa miahahahah. K lah sangat lapar dan mengantuk. Esok ada program Maulidur Rasul kat dewan sekolah so tidak ada belajar mihmihmih. Tak sabar nak baca buku bio semasa orang berceramah. Beginilah budak biochem yang kurang masa menelaah wkwkwkwkw. Ohya ohya, kerja kursus P.Am aku pasal warung bapak aku so wish me luck bebebebeh! :D Aku sebenarnya nak buat tadi tapi terhapdet belog. Tak apa lah. Nak buat kat laptop kakak yag canggih sikit. K bai.


No comments:

Post a Comment