14 June 2012

Mata Bergerak-gerak?

Assalamualaikum


Pernahkah korang terasa bahagian mata bergerak-gerak? Tak kisahlah mata kanan ke kiri ke kelopak mata atas ke bawah ke dan yang sewaktu dengannya? Sehingga hampir sampai kepada satu tahap di mana korang rasa macam nak lempang je mata korang sendiri? Ohh Seriously don't do that bebeh memang akan nampak bodoh hoho.


Actually, sejak dua tiga menjak nie bawah mata kanan aku asek bergerak-gerak je. I dunno why. Qiute merisaukan jugak lah. And annoying too. So I decided to tanya si Macik Google hehe. Untuk maklumat lanjut, sila scroll down.



Petanda apabila kelopak mata bergerak-gerak dari orang tua-tua

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita 
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)


Nama Saintifik: 'Myokymia' (involuntary twitching of the eyelid)



Punca-punca:
  • Akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas atau bawah.
  • Stress/tekanan
  • Fatigue/keletihan
  • Kurang tidur
  • Anxiety/kebimbangan
  • Kerisauan melampau
  • Depression/kemurungan
  • Faktor personaliti


Kesan-kesan:
  • Merimaskan
  • Annoying/menjengkelkan
  • Gangguan emosi


Penawar:
  • Berehat
  • Beribadah dengan baik
  • Berzikir (ingat Allah)
  • Baca al-quran (fahami)
  • Chill out bebeh ! :)


DOA RASULULLAH

"Ya Allah, tidak ada sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepadamu, tiadalah yang baik selain kebaikan darimu dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu''

''Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka''

(Ahmad 2/20, Ibn as-Sunni #292, al-Hadith as-Sahih #1065)


Doa ini adalah untuk menolak kepercayaan mengenai benda karut-marut sepertimana yang dikatakan tentang tanggapan orang tua-tua mengenai perkara-perkara sebegini. Sesungguhnya kita haruslah meletakkan ketergantungan kita hanya kepada Allah bukannya kepada petanda semata.


Doa ini juga mampu mengeluarkan kita daripada jatuh kepada syirik meletakkan kepercayaan kepada sesuatu petanda lebih dari pengharapan kepada Allah. Mungkin ada di antara petanda-petanda tersebut yang tepat tetapi mungkin hanya kebetulan sahaja wallahualam~ 


Tapi bagi aku, kalau betul sesuatu petanda itu adalah petanda yang baik, aku akan berdoa supaya benda baik yang bakal berlaku itu betul-betul berlaku. Yalah, siapa yang tak nak benda jadi kat dia kan? Mestilah nak. So aku fikir camtu ar hehehe. May god bless.. Ohh I'm still so childish demm haha.


Walau bagaimanapun, kita sebagai hamba Allah haruslah menerima ketentuan qada' dan qadar. Apa-apa yang berlaku, semua adalah atas ketentuan-Nya. Everthing's happen for a reason maa. Betul tidak? Terpulanglah pada diri masing-masing macam mana nak interpret benda-benda macam nie. peace.






P/s: masa aku taip entri ni tak pulak dia bergerak-gerak cis.. the mata, mata. 

Papai~ 



No comments:

Post a Comment